Fellow Friends

Wednesday, September 21, 2011

Bersabarlah wahai hati

Aku hanya manusia biasa yang dikurniakan perasaan dan akal yang waras untuk berfikir. Tolonglah jangan buat aku bertindak di luar batasan. Aku rendahkan ego aku hanya kerana ingin menjaga hati kamu wahai budak. Takkanlah sebab aku cakap sikit kau dah nak 'feeling-feeling and touching' dengan aku. Entah apa-apa la kau ni.
Okay aku yang bersalah sebab cakap macam tu dekat kau. Aku mintak maaf. Susahnya nak jaga hati orang lain. Dah berbagai-bagai cara aku buat tapi tetap ada orang yang sakit hati dan marah dekat aku. Aku salah apa dekat diorang?
Tak habis-habis ada yang nak merosakkan mood aku malam-malam ni.
Aku minta tolong sangat-sangat berilah aku peluang untuk hidup dan bernafas tanpa masalah dalam masa seminggu. Aku dah letih dengan bermacam karenah manusia yang entah bila nak faham dan cuba menghargai orang lain seadanya.
Aku faham aku tak sempurna tapi semua orang pun tak sempurna. Jadi janganlah cuba-cuba nak menduga hati orang macam aku ni. Aku pun ada perasaan macam orang lain. Dah sampai bila aku nak dengar dan ikut saja apa orang lain nak tapi hati aku, aku tak jaga.
Jangan sampai aku bosan dan ego yang aku rendahkan muncul semula. Masa tu maaflah aku takkan fikir nak jaga hati kau. Aku fikir pasal hati aku sahaja.
TOLONGLAH jangan buat aku bosan ngan kau !

No comments:

Post a Comment

..