Fellow Friends

Friday, October 7, 2011

Kesedihan bermula di sini..

Sukacita dimaklumkan anda terpilih mengikuti Diploma Kejuruteraan Awam-D04 di Politeknik Ungku Omar. Sesi ambilan Disember 2011. Tarikh daftar 20/12/2011. Aku gembira tak terkata macam nak melompat setinggi yang boleh bila surat tawaran ni sampai tadi TAPI... Selang beberapa ketika selepas itu mutiara jernih mula mengalir satu persatu di pipi ini. Kegembiraan hanyalah padaku tapi bukan pada mereka sayang. Gembirakah aku jika berita ini hanya membuatkan aku menerima leteran panjang yang meluluhkan hati serta manghancurkan perasaan? Adakah itu caranya menyambut berita yang seharusnya aku banggakan? Surat tawaran itu kaku di tanganku bukan untuk dilihat tetapi hanya mati di tangan ini. Ya sejujurnya aku teramat sedih. Sedih kerana aku dilayan sebegitu. Terasa hati seperti ingin mencarik-carikkan tawaran itu menjadi kepingan yang kecil. Lalu aku meletakkan kembali surat itu dan biarkan ia di situ. Kegembiraan yang ada padaku pergi begitu sahaja. Menangislah air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah apa-apa. Aku pasrah di sini kerana aku sudah kalah mengawal emosiku. Aku tidak akan memandang ke belakang lagi. Aku teruskan dengan apa yang aku miliki sekarang. AKU KECEWA!!  Jangan tanya lagi kenapa aku masih seperti ini. Kbaii ;-(

No comments:

Post a Comment

..