Fellow Friends

Friday, November 18, 2011

Ingore It ^ ^

Assalamualaikum peeps.

Kurang menulis bukan bermakna menyepi cuma, terkadang hati yang tak sudi membawa diri ke halaman ini. Bukan berdrama atau nak ber'jiwang' di pagi-pagi tapi cukuplah dikatakan sekadar mengubat hati. Hati tak mampu mengawal rasa hingga membinasakan diri. Cukup-cukuplah beban yang terkandung jika cuma dipikul sendiri. Apalah gunanya persahabatan andai diri terkontang-kanting melawan badai.

Aku jemu, letih, sedih, terkilan tapi tak marah dengan sandiwara yang kian menyesakkan dada. Akal mengasak minda bertubi-tubi, sampai bila akan diteruskan. Aku kecewa apabila apa yang aku harapkan tak menjadi. Aku jatuh. Semangatku hancur berkecai. Ya, mungkin hanya kerana aku seorang gadis biasa yang tidak dikelilingi kemewahan harta. Tiada apa yang mampu untuk aku banggakan. Hatiku rapuh. Semangatku patah.

Lalu, ku atur langkah mengutip kembali semangat yang entah ke mana, hati yang entah bila akan terubat, rasa yang kian luntur. Aku satukan semuanya dan bina kembali hidup yang baru. Permulaan yang begitu memeritkan. Tolonglah aku rayu, jangan hancurkan kehidupan yang sekarang. Betapa aku terluka dalam mengenang sisa kehidupan lampau yang menyiat-nyiat hati hingga terasa ke tulang hitam. Betapa aku terseksa mencari diri aku yang hilang. Dan sekarang, perlu di ulang masa lampau?

Aku tak mampu. Aku hanyalah insan kerdil yang mudah terluka dan acapkali menangis. Ya, tangisan terlalu mengenali diriku yang dahulu. Airmata terlalu murah mengalir di pipi ini. Aku tidak tahu mengapa. Persoalan yang sering berlagu di minda, perlukah aku membazirkan airmata untuk masa yang tak indah untuk dikenang? Apa perlunya aku berbuat begitu? Tinta ku janganlah buat aku bazirkan mutiara ini untuk masa lalu yang aku tinggalkn. Aku tak cukup tabah untuk semua itu.

Bukan mengharap belas ihsan, hanya menharap difahami. Dugaan yang teramat berat tak seharusnya berulang lagi. Aku hanyalah apa yang orang lihat di luar. Tak semua tahu apa di dalam hati. Bukan berahsia sekadar menjaga hati.

Maaf menulis terlalu panjang.
Semoga hari anda indah (:

No comments:

Post a Comment

..