Fellow Friends

Thursday, November 3, 2011

Tak ada benda yang mustahil kat dunia ni.

Assalamualaikum semua,

Bila aku buat keputusan nak tukar field aku yang sekarang kepada sesuatu yang lebih mencabar, ramai orang yang bertanya dekat aku. Awak minat ke dekat apa yang awak nak ambil tu? Aku dengar ramai orang cakap macam tu. Tak salah kan kalau aku nak mencuba sesuatu yang berlainan. Timbul beberapa isu dekat sini.

KEUPAYAAN
Semua orang ingat aku mungkin tak mampu nak bawa bidang yang akan aku ambil nanti. Senang aku cakap, ragu-ragu pada keupayaan yang aku ada. Sekurang-kurangnya bagi la aku peluang cuba dulu baru nilai aku. Semua benda bermula dengan usaha. Kalau aku tak usaha memanglah aku takkan mampu nak teruskan. -keep on talking about my ability-

BERBEZA BIDANG
Kalau dulu aku ambil bidang yang lebih memerlukan pembacaan yang banyak tapi sekarang lebih kepada kejuruteraan. Tapi tak salah kan? Aku cuma nak ubah hidup aku kepada sesuatu yang boleh menolong aku dan keluarga. Kalau tak tahu jangan la pandai bercakap sahaja. Dengan bercakap awak tak membantu apa-apa tahu?

Kalau aku datang dari keluarga yang sememangnya duit tak menjadi masalah, aku tak perlu kisah pasal semua tu. Tolong doakan kejayaan aku lebih baik daripada meragui apa yang aku ada. Dapat juga pahala dekat kau.

Terima Kasih membaca.
Have a nice days (:

No comments:

Post a Comment

..