Fellow Friends

Friday, November 4, 2011

Cenderahati Terindah

Assalamualaikum semua,

Secara tiba-tiba auni terasa nak buat entri pasal ni. Kebetulan auni terbaca surat khabar yang bertarikh Ogos. Kira dah lama la pasal ni. Cerita dia macam ni.

"tidak semua cenderahati berbentuk kebendaan menjadi idaman pasangan yang bercinta. Cenderahati yang paling diimpikan pasangan berkasih sebenarnya tidak memerlukan wang walaupun tinggi nilainya, malah tak dijual di mana-mana kedai"

Auni tertarik dengan isi kandungan surat khabar tu. Betul, memang hadiah yang terindah tak semestinya dinilai dengan wang ringgit. Kadang-kadang ada hadiah yang orang tengok biasa-biasa je tapi bagi penerima tersebut membawa nilai sentimental yang tinggi. Lain orang lain lah pandangan dan pendapat terhadap sesuatu benda tu.

Tapi ada sesetengah orang yang 'demand' barang yang tinggi nilainya. Yalah, siapa yang taknak barang-barang mahal. Bergantung jugalah pada kemampuan setiap pasangan. Misalnya ada beberapa benda yang boleh dibuat.

Handmade Things
Tak kisah la apa pun tapi yang penting kita usaha buat sesuatu yang tak memerlukan banyak modal. Buatlah kad ke yang conteng-conteng (memory both of you). Mesti your partner akan terharu bila kamu ingat segala kenangan dengan dia. Imagine how sweet is that. - Experience is worth than thousands words -

Made Cd's or Video
Try buat cd's yang mengandungi gambar-gambar berdua, which is hilarious or else. Masukkan juga video yang maybe kamu pernah rakam. Edit sikit-sikit bagi cantik. Cost tak lah banyak just kena jadi kreatif buat bagi nampak menarik. At least, kita mencuba.

Tak susah sebenarnya nak buat orang yang kita sayang gembira. Bergantung kepada 'type of couple'. Kalau yang jenis cerewet kena lebihkan usahalah. Yang penting ada usaha, maka akan ada hasilnya. Takkanlah si pasangan dah buat something valuable akan di tolak mentah-mentah. Fikir sikitlah susah payah orang tu membuat. Dia korbankan sedikit masa untuk kita. Bukan ke tu lebih bernilai dari cenderahati yang dibeli kat kedai? Think about it.

Enjoy reading. Have a nice days.

No comments:

Post a Comment

..