Fellow Friends

Sunday, May 12, 2013

The End T_T

Assalamualaikum semua,

4 pagi? Dan aku masih di sini menatap blog buruk aku. Hatiku gundah gulana, remuk redam, patah seribu. Sebabnya? Benda yang aku cuba pertahankan akhirnya memakan diri aku sendiri. Dah takdak gunanya lagi nak bercerita tentang bahagia ke apa. Semuanya dah habis.

Wahai blog burukku,

 Untuk apa ye aku berkorban bagai nak rak selama ni kalau ni penghujungnya? Aku dah berputus asa, berhenti berharap, mengalah, give up dan semua yang sewaktu dengannya. Cukuplah aku berjuang sampai sini. Dah malas gigih pertahan sesuatu yang aku pun tak pasti. 

Mungkin ada yang terbaik buat dia. Aku dah malas nak cintan cintun bagai nak rak tapi begini kesudahannya? Cukuplah aku setia, sayang, terluka, kecewa dan cinta setakat ni. Full stop ok? Biarlah aku macam ni. Alone pun tak kisah la.

Aku sayang dia. Terlalu sayang. Kalau pun hubungan kami setakat ni tapi sayang aku untuk dia biarlah sampai bila-bila. Selagi dia tak jadi hak milik orang lain. Biarlah dalam hati aku hanya ada dia, dia dan dia, Dia tak suka aku pun takpa. Tu hak dia.

Cukuplah apa yang dia bagi dekat aku selama ni. Aku bahagia walaupun tak lah lama mana. Kenangan tu buatkan aku hidup. And YESSS aku terluka bila terpaksa memilih jalan ni. Aku nak dia taw aku sayang dia sampai bila-bila :')

No comments:

Post a Comment

..