Fellow Friends

Friday, May 10, 2013

Assalamualaikum, hai peeps :)

Dah lama aku tak ber blogging ni kan? Maaflah sibuk dengan final exam. Dan harini last paper untuk semester 2. Dah tak sabar nak cuti sem. Btw korang semua sihat kan? Aku kat sini alhamdulillah sihat walafiat :)


Aku bersyukur dengan kehidupan yang sekarang daripada hidup dalam kepura-puraan kan? Kadang-kadang bila kita terlalu sayangkan seseorang tu sukar untuk kita lepaskan dia, tapi hati kita dah tak tertahan menanggung beban sakit yang tercipta. lebih baik kita relakan hati kita untuk disembuhkan dalam erti kata kita lepaskan dia. Sakit? Yeah. Tapi tak sesakit kita sayangkan orang yang menyakiti kita. Lama-lama kita akan sedar faedah semua tu. Jangan fikir dari satu sudut saja. Ya, mungkin dia akan cakap kita kejam. Tapi terfikirkah kita bahawa, kita lebih kejap terhadap diri sendiri. Masih menjaga hati orang lain walau hati sendiri terluka. Sesekali pentingkan diri sendiri tu penting jugak bergantung kepada keadaan.

Tempoh masa bersama tak menjamin kita akan bahagia selamanya. Hidup ada pasang surut yang kita tak ketahui. Proses mengenali diri masing-masing tu adalah masa terbaik untuk mengetahui persamaan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. 

No comments:

Post a Comment

..