Fellow Friends

Friday, May 10, 2013

Updateee !

Assalamualaikum semua,


Dah lama dibiarkan blog ni berhabuk bersawang dan segala lagi la. Tak sempat nak menjenguk sebab busy yang amat.  Sekarang ni dah mula cuti semester. Memang la banyak sangat masa terluang nak menjengah sini.

Rasa pelik, janggal, sedih, saket, terluka dan bermacam lagi perasaan yang ada. Taktaw nak explain macam mana. Rasa tu, alahai Allah je yang mengetahui. Hati ni kalau seboleh-bolehnya nak dicampak jauh-jauh biar hilang semua perasaan yang ada. Biar lupa siapa yang ada di sini.

Tapi tu la kan. Allah dah cipta yang terbaik untuk kita. Mungkin dia terlupa, aku hanya manusia biasa yang punya perasaan. Yang pernah terluka kerana cinta, pernah terseksa, pernah tersungkur kerana sahabat, pernah dikhianati. Dia lupa agaknya macam mana aku berharap dia akan faham rasa sayang ni. Perasaan ni bukan mainan lagi.
 
Mungkin aku yang terlupa kekhilafan diri ini untuk meminta sesuatu yang melebihi apa yang aku perlu. Aku naif. Tak mampu menjadi se gah dia yang hebat segalanya. Aku sedar di mana aku berpijak. Di atas bumi nyata yang aku harapkan lebih indah bak puteri kayangan mungkin.

Aku terlupa mengukur apa hak aku untuk mempersoalkan semua itu. Sedangkan aku tak punya hak. Aku biarkan diri aku berlebih-lebih untuk segalanya yang dia punya. Maafkan aku. Aku terlupa di  mana  tempat aku bagi dia. Tak layak untuk buat macam tu kan? Berbuatlah sesuka hatimu. Aku hanya akan memerhatikan dan mencoret di sini kerana tak sanggup di anggap berlebih-lebih.

Hati ini masih pada tempatnya, masih pada warasnya. Sayang pada awak tak pernah kurang. Rasa ni takkan pernah habis. Cuma hati yang perlukan rawatan

No comments:

Post a Comment

..