Fellow Friends

Sunday, October 14, 2012

In Reply To Him

Assalamualaikum.. 

Awak yang pernah dikasihi, Maafkan saya jika terlambat membalas entri awak yang terdahulu. Siapa awak yang dimaksudkan biarlah saya sahaja yang mengetahui semuanya. Semoga awak baik2 sahaja dengan "dia". 

Bukan bermaksud menganggu ketenteraman yang terjalin antara awak dan dia tapi sekadar menjelaskan segalanya. Baru terbaca entri awak sebab baru buka blog ni. Tahu kenapa? Blog ni banyak menyimpan kisah kita. Terlalu awak. Saya mengambil masa merawat hati ini tetapi hingga sekarang belum benar-2 sembuh. Bila terbaca entri awak tu,tiba2 airmata ni keluar sendiri. Terharu mungkin. Sebab saya terlalu sayangkan awak. Setahun 3 bulan dengan awak bukan sekejap kan? Suka duka sama2.

Ya, bagi awak saya mungkin berubah bila awak text macam nak tak nak. Tapi adalah sebabnya yang terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Taknak mengaibkan sapa2. Biarlah saya sorang yang tahu. Saya tak salahkan awak sebab kita habis macam ni je, mungkin silap saya jugak tak sabar dengan awak. Mungkin awak tak pernah tahu, saban hari airmata ni mengalir bila teringatkan awak. Hubungan kita bukan sekejap awak. Lama sangat. Kenangan tu terlalu banyak tak terhingga. 

Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Kerana saya percaya awak mampu hidup tanpa saya. Dan ternyata awak amat bahagia dengan dia. Saya mengambil masa mencari diri saya yang hilang bersama awak. Biarkan masa yang menghilangkan kisah kita. Abadikan kenangan kita di sudut hati awak. Saya tidak akan muncul lagi di dalam hidup awak. Biarlah hanya kenangan yang menemukan kita. Kita mungkin ditakdirkan untuk bercinta tapi hubungan kita tidak berkekalan. Saya doakan yang tebaik untuk awak. Semoga berbahagia ♡ 

♡ Nur Auni Abd Rahim ♡

No comments:

Post a Comment

..