Fellow Friends

Wednesday, August 15, 2012

it's over !

Assalamualaikum and hai peeps,

Korang semua bebaik kan ? *keyy nak tulis bm lak. B.I aku suck disebabkan otak lambat pick up. Tak bersabit pun. Back to topic. Alhamdulillah aku masih bernafas pada hari ke-26 bulan ramadhan ini. Ramadhan akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. tapiii aku melabuhkan tirai lebih awal lagi. Tirai apa eh? Begini ceritanya...

Dear peeps,
Cukuplah sekadar mengatakan peristiwa itu memberi impak yang mendalam dalam kehidupan aku. Hari aku terasa kosong, semangat aku entah ke mana, emosi ? lagilah. Langsung tak terkawal. Pantang tercuit sikit, mulalah nak moody semacam. Itukah yang dikatakan berbahagia ? Well you should realize i suffer more than you. Pernahkah terfikir untuk melepaskan perasaan yang telah lama bertakhta dihati kita ? Tak pernah terlintas tapi pabila keadaan memaksa siapalah aku untuk menidakkannya. Sama-2 sakit, sama-2 sengsara tapii sakitkah dia ? Baguslah kalau dah boleh teruskan. Semoga berbahagia ye ?

Aku tidak mampu mendabik dada mengatakan aku dah "move on" dan melupakan semua ni. Aku punya hati yang pernah terlalu menyintai dia, terlalu menyayangi dia dan hingga ke saat ini masih sama. Mulut boleh mengatakan aku ok tapi hakikatnya luka ini masih berdarah. Aku melepaskan dia kerana tak mahu berterusan menyakiti dia. Bukan kerana tak sayang. Maafkan aku sayang. Terima kasih untuk segalanya. Selamat tinggal kisah kita. ;(

No comments:

Post a Comment

..