Fellow Friends

Tuesday, August 20, 2013

Fitrah hati..

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama blog ni tak berentri. Akhirnyaa, fuhh. Baru nak bertaip sekarang ni. Emosi? Persetankan semua tu. Kacau bilau. Gundah gulana. Semuanya serba tak kena atas sebab yang aku sendiri tak dapat kenal pasti. Untuk mengatakan aku sedih atas alasan apa? Why?

Aku sendiri bingung untuk memahami kehendak hati yang tak menentu. Memendam rasa bila disakiti. Menangis bila terluka. Perlukah semua tu untuk melepaskan segala rasa yang ada? Dan sehingga kini aku masih gagal mengenali siapa aku yang sebenarnya. Sukar untuk mengawal emosi, sukar diduga. Itulah aku pada hakikatnya. Hati aku? Akulah yang merasa, menanggung, menjaga. 

Siapalah orang lain yang mampu memandai-mandai mengatur segalanya kan? Mungkin kerana aku pernah memberi tanpa mengharapkan apa-apa. Dan akhirnya aku terluka dengan sendiri. Pedih bukan? Ya, itu cerita lama yang dah basi. Terlalu lama untuk aku kenang. 

Wahai pengunjung setia,

Untuk memahami aku tidaklah sukar, namun tak pula sesenang yang disangka. Aku memang perempuan yang sensitif, mudah terasa, kuat merajuk. Aku punya kelemahan yang tak kurang dan tak pula banyak. Tapi janganlah pula dipersoalkan. Telah tertulis, perempuan memang fitrahnya begitu. Allah SWT yang menciptakan kaum hawa sebegitu sifatnya. Cacat cela yang ada adalah untuk dilengkapi oleh kaum adam. Saling melengkapi antara satu sama lain.

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bukanlah sesempurna malaikat yang tiada kekurangan. Aku hanya manusia yang naif dan masih perlu belajar banyak perkara untuk memperbaiki kekurangan ini. Kajilah kenapa perempuan dicipta sebegini. Nescaya ada sebabnya. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Kita siapa untuk mempertikaikannya? Disebabkan itu, Allah ciptakan kaum adam untuk melindungi dan melengkapi kelemahan yang ada pada perempuan. Manusia hidup saling memerlukan antara satu sama lain.

Cc : apa yang ditulis adalah ikhlas tulus dari hati aku. Tiada kaitan dengan siapa-siapa di atas muka bumi ini. Chill :)



No comments:

Post a Comment

..