Fellow Friends

Friday, August 23, 2013

Assalamualaikum,

Di mana silapnya hari ni? Apa kesalahan yang aku buat untuk aku dihukum sebegini? Aku menyayangi tapi dilukai. Aku mencintai tapi disakiti. Mungkin aku yang tersilap percaturan Terlalu menyayangi dan membiarkan diri disakiti.

Aku penat, aku letih. Aku cuba mengalah tapi disalahertikan. Aku menangis tapi tak dihiraukan. Aku bersedih tapi tiada yang memujuk. Ke mana nak bawa hati yang lara? Untuk apa berdua kalau terluka sorang-sorang.

Kejamnya dia kan? Dah hilang ke rasa dia terhadap aku? Siapalah aku ni nak berdamping dengan orang macam dia. Aku tak layak. Dia sempurna sangat. Puas aku meratapi nasib diri. Mengharap dia berkata dan menyedarkan aku bahawa ini semua hanyalah mimpi belaka. Rupanya itulah hakikat yang perlua aku sedari. Dia takkan pernah berubah. Janji tinggal janji.
Mungkin mendiamkan diri adalah yang terbaik buat masa ni. Kalau dia perlu aku dia taw mana nak cari aku. Dalam proses merawat hati.

Hati dah terluka, berdarah. Thanks sayangg :'(

No comments:

Post a Comment

..