Fellow Friends

Friday, September 20, 2013

DONE!

Assalamualaikum,


Dugaan datang lagi. Salah siapa? Bukan salah sesiapa Allah sekadar mahu menduga. Lancangkah aku berbicara? Aku sekadar menegur tetapi aku disalahsertikan. Hancur luluh hati menjadi kepingan yang tak mampu aku tafsirkan. Untuk mengadu? Hanya Allah mengetahui beban yang sarat di dada mahu memuntahkan segala rasa yang terpendam. Ya Allah, kuatkah hambamu ini dengan dugaan yang engkau berikan kali ini?


Aku bukan sesiapa yang terlalu tabah. Yang tak mengenal erti kecewa, hampa, putus asa. Dengan kesabaran yang tak sekuat mana. Goyahkah aku tika ini? Jujur ku katakan, rasa terluka ini tidak tertanggung. Setelah pengorbanan yang aku lakukan, aku di ketepikan. Aku diletak ke tepi. Aku tak mampu menolak takdir yang tercipta buatku. Sungguhpun sarat dengan kecewa, aku pasrah andai ini kehendak yang punya diri tidak memerlukan diriku lagi sebagai temannya. Aku terima segala yang terjadi.






No comments:

Post a Comment

..