Fellow Friends

Monday, November 7, 2011

Manusia Biasa

Assalamualaikum peeps,

Tangan aku terasa berat saja nak menulis di sini seperti mana beratnya hati aku tika ini. Ya, aku hanyalah manusia biasa yang di kurniakan akal waras seperti hamba Allah yang lain. Acapkali tidak lari dari membuat kesilapan. Tetapi bila hati ini kurang di titik beratkan, siapalah aku yang mampu mengawal gelodak perasaan yang meronta-ronta inginkan secebis perhatian.

Puas aku menahan rasa ini dari terlihat oleh yang lain, tapi aku tak mampu. Di sinilah tempat aku melepaskan segalanya. Tiada siapa-siapa yang patut dipersalahkan. Hanyalah aku seorang sebagai segalanya. Bukan mendabik dada mengatakan diri sempurna kerana mampu mengawal diri. Silap aku ada di mana-mana cuma terlepas pandang apabila aku cuai menturuti kata hati. Aku terlalu mengikutkan kata hati yang akan membinasakan aku sendiri. Aku terleka dalam rentak yang aku sendiri mulakan dan akhirnya aku yang terseksa.

Hakikatnya, tiada apa-apa yang perlu dipersalahkan. Kesilapan sentiasa ada tanpa sedar atau tak. Aku mampu mengubah haluan hidup aku kepada yang lebih baik. Berhentilah dari memikirkan tentang perkara yang hanya merugikan aku. Masa yang di habiskan hanyalah sia-sia sedangkan perlu merawat hati sendiri. Tinggallah fikirkan hal yang tak pasti. -annoying-

Have a nice days. Enjoy reading.

No comments:

Post a Comment

..