Fellow Friends

Friday, November 25, 2011

Pengalaman Itu Pengajaran

Assalamualaikum peeps.

Apa khabar semua? Aku terus terfikir kenapalah dua, tiga hari ni aku asyik bermain emosi. Ya, aku meruntunkan perasaan sendiri. Untuk apalah semua tu kalau akhirnya diri sendiri yang akan terkena tempiasnya. Aku terlalai seketika dengan layanan perasaan. Hinggakan aku yang terasa bahangnya. Aduhh. Bukan aku mereka atau mencipta cerita dongeng tetapi hakikat yang aku sendiri tak cuba terima.

 Aku terlalai melayan perasaan seketika. Aku hampir terlupa yang Allah swt telah menetapkan apa yang terbaik untukku. Masih belum cukup sempurna kerana hal yang sedikit aku besarkan. "too childish".



 Kenyataan perasaan yang penuh beremosi lagi. Maafakan aku lagi sekali. Bila hati ini terasa, tahulah apa yang terkeluar dari mulut di luar kawalan. Terlalu terasa apabila diri menjadi orang terakhir yang mengetahui pelbagai benda. Mulalah nak fikir 'nonsense'. Ya aku perempuan yang kuat merajuk dan terasa.

 

Akhirnya setelah berjaya mempositifkan pemikiran dan diriku. Aku berfikir sejenak dan tertulis seperti di atas. Biarlah segala yang terjadi berjalan dengan lancar. Mungkin apa yang telah di tetapkan adalah yang terbaik yang telah tertulis semenjak aku lahir. Maaf aku tak pandai bermain kata. Aku tak reti nak berselindung. Aku cakap straight to the point. Tak mainlah guna jalan lama yang berbengkang-bengkok tu. Sekarang kan dah ada highway. Lebih cepat. Dan semudah itu jugak hati aku sakit! Let bygones be bygones. Chill babe ^_^

Aku yang penuh beremosi -.- 



No comments:

Post a Comment

..