Fellow Friends

Friday, December 23, 2011

Culture shock -,-

Assalamualaikum and hai peeps.

Apa khabar korang semua? Chat tak? Sorry dah lama auni tak update. Auni bukan tak chat cuma teramat busy coz baru je daftar masuk poli. Minggu suai kenal dia walaupun hanya 3 hari tapi boleh tahan la rasa letih tu. Tak la kena ragging apa pun. Tapi habis satu badan sakit-sakit jugak la. letak kepala je terus nak lena. Dah lama sangat rehat kan. Hmm.

Peeps,

Kadang-kadang bila dok jauh ni agak terganggu kan? Mula la rasa nak balik umah la apa la. Tapi nawaitu dari awal kena la difikirkan jugak. Apa tujuan utama mendaftar kat poli ni. Takkan la sekadar nak datang tengok poli pastu nak rindu-rindu family dan terus rasa nak balik. Macam-macam la yang bermain di fikiran ni. Yang tak penting pun fikir jugak. Mula la nak merapu. Lari dari tujuan asal. haish..

Bayangkan auni yang selalu tidur lewat dan bangun pun mestilah lewat jugak. Tiba-tiba boleh bangun awal dan tidur awal. Agak pelik la kan. Perubahan mestilah dibuat kalau nak berjaya. Usaha, usaha, usaha dan terus berusaha semampu yang boleh. Tidak ada perkataan putus asa dalam kamus hidup.

Okay macam ni sebenarnya. Hari jumaat (23.12.2011) ada la perjumpaan ngan jabatan kejuruteraan awam. pastu bila dah dapat kelas tu dapat la kawan baru. Lecturer pun cakap-cakap la n then gtaw semester ni ada 10 subjek. Haa??? Gila punya terkejut la. Dok fikir boleh ke nak cover semua subjek tu. Sempat ke nak study pastu nak revision apa semua. Lecturer pun cakap la kalau usaha mesti boleh tapi kena pandai buat jadual untuk study la. Baru boleh cover untuk semua subjek yang tough.

Dear peeps.

Korang rasa kan, auni boleh tak nak cover semua subjek yang akan menyusahkan dan menghantui hidup auni tu? Acece ayat tu kan. Tak lah auni bukan apa cuma risau je. Auni bukanlah pandai sangat. SPM pun dah kantoi. Ni kan pulak Diploma?? haish memang taktaw nak cakap apa la. Kena lebihkan usaha yang auni penah buat. For short lipat gandakan usaha dan tingkatkan prestasi. Jyeah

Kayy la taktaw nak tulis apa dah. Lain kali auni tulis lagi ye. Keep smiling :))

No comments:

Post a Comment

..