Fellow Friends

Tuesday, December 13, 2011

Cara Saya

assalamualaikum and hai peeps

heyyhaiihoii korang chat ke x? Auni kat sini chat chat aje. Bad news auni still x ok lagi. Berat dugaan kali ni nampaknya. Tapi still boleh tanggung lagi la. Jangan risau auni belum hilang semua kekuatan yang ada. Masih tinggal sedikit untuk auni pertahankan.

Peeps,

Kadang-kadang bila manusia terlalu stress macam-macam perkara yang kita tak jangkakan boleh jadi. Terpulanglah macam mana cara nak hadapi semua tu. Lain orang lain la cara mereka nak lupakan masalah seketika. Okay auni akan kongsikan beberapa cara yang auni taw la.

Mendengar lagu
Percaya tak kalau auni cakap dengan dengar lagu akan dapat buat korang relax? Bila auni tension je mesti auni akan ambik headphones then play la lagu apa-apa yang auni berkenan kat hati ni. Kadang-kadang lagu yang auni jarang dengar, tetiba ja auni mainkan lagu tu. Tak mustahil kan? Bila berada dalam keadaan tertekan minda dan perasaan kita perlukan sesuatu untuk jadi tenang. Tak semua orang dilahirkan dengan ketabahan berganda. Same goes with me. Bila lagu yang sama dimainkan berulang kali, paham la bahawa hati tu tengah gundah gulana. Paham sendiri la kan.

Karaoke
Di samping tu bagi yang kaki berkaraoke ni maybe diorang akan keluar berkaraoke dengan kawan ke sapa tak kisah la untuk hilangkan tension. Bukan kira suara sedap ke tak tapi kira dapat lepas tension tu. Hentam la nyanyi lagu apa dengan cara macam mana pun. Melalak la puas-puas. Suara tak sedap? Okay yang tu belakang kira lah. Yang penting puas hati. Alah suara tak sedap pun bukan nak masuk pertandingan, pertandingan melepas tension boleh la kan. Lagipun bukan ada mana-mana composer nak dengar lah. Actually auni pun penah jugak gi karok time tension. Hihi, masa tu adalah sikit tekanan ngan kelas apa semua. Gi karok dah kurang tension. Kayy semangatlah sikit nak gi kelas buat assignment apa semua kan.


Shopping / Movie Time
For those yang kaki shopping tu boleh la bershopping masa tension or window shopping maybe. Tapi yang tak kaki shopping pun boleh gak. Jalan-jalan satu mall tu sampai habis semua tingkat kamu jelajah. Penat? Takpa janji hati puas dapatlah tengok-tengok apa new styles, brand, sales ke. Tak semestinya tak ada duit tak boleh gi shopping. Window shopping kan boleh. Sambil menyelam minum air untung apa. Kalau tengok movie pun ok gak. Hayati cita yang on cinema, barulah ada feel sikit. Should try on.

Melancong / Makan Angin
Bagi yang banyak duit takpa la boleh berjalan ke sana sini. Pilih destinasi menarik dari dalam atau luar negara untuk korang melancong. Yang penting fulus haruslah kukuh. Jangan lupa tu. Fikir nak melancong je tapi duit tak ada tak jadi jugak. Planning your vacation well. Jangan dah pergi bercuti terperap dalam hotel / resort / chalet je. Baik tak payah pergi bercuti. Buat rugi duit kamu je pergi jauh-jauh tapi tak ada hasilnya. Atleast carilah package yang bagus dan aktiviti yang diorang anjurkan pun best. Kiranya berbaloilah dengan duit yang kamu keluarkan untuk percutian tu. Tak rasa ralat sangat kan.

Mendekatkan diri Dengan Pencipta
Inilah step yang terakhir yang auni rasa paling berkesan. Cubalah dekatkan diri korang dengan beribadah dan buat apa-apa yang patut. Mesti orang akan cakap bila ada masalah baru nak sedar / insaf kan. Heyy sampai bila kita nak dengar je cakap orang. Kalau kita solat / baca al-quran / mengaji / berzikir semua tu orang pertikaikan. Tu masalah diorang la. Pedulikan apa orang cakap. Sepatutnya diorang bagi semangat bukan merungut macam-macam. Mulut orang tak dapatlah nak tutup. Bila dia dah penat, berhentilah dia bercakap. Baik kita diam je, kalau kita balas dia lagi seronok sebab ada respon. Dan kita patut ingat bila ada dugaan ataupun tak pada pencipta la kita sepatutnya mengadu. Seharusnya memanjatkan rasa syukur atas apa yang terjadi. Bersabar selagi mampu, kerana Allah bersama orang yang sabar.

Kalau dalam 5 steps kat atas tu tak menjadi jugak auni tak pasti la apa cara lagi yang mungkin berkesan. Auni hanya berkongsi apa yang auni rasa. Kalau ada cara lain, terpulanglah pada korang nak selesaikan. Apa-apa pun buat yang terbaik untuk diri korang ye.

Lots of love. Niey Rahim.

2 comments:

..