Fellow Friends

Saturday, December 10, 2011

Patah Tumbuh Tiada berganti.

Assalamualaikum and hai peeps.

Heyyhaiihoii korang buat apa je? Chat wahai blogger sekalian? Aku kat sini okay-okay la baru lepas kekangan emosi melanda. So agak lama blog ni terabai kan. Maybe dah berhabuk pun. Bayangkan kalau aku meng'update' blog ni time tengah gila punya tension and of course lah aku punya entry tersangatlah merapu. Manusia biasa macam aku normal la hati tak cukup kuat. Dugaan sikit dah gelabah semacam.

My dear friends,

Harini aku adalah kehilangan something yang tak perlulah aku ceritakan apa benda tu. Cukuplah aku katakan kehilangan tu memberi tamparan yang hebat dalam hidup aku. Sesuatu yang selalu aku harapkan sentiasa ada dan tak mungkin hilang tiba-tiba dan secara sekelip mata berubah dan hilang dari hidup aku. Okay korang mesti tertanya-tanya apa kan? Biar la aku sorang yang taw. Sekadar menjadi rahsia aku seorang kan. Kalau aku cakap pun tak siapa yang mampu tolong.

Aku pernah impikan mungkin benda yang terjadi tu hanyalah mimpi aku so bila terjaga takdak apa-apa yang berubah. Tapi aku lupa bahawa apa yang berlaku kepada aku ini adalah realiti kehidupan yang sedang aku lalui. Aku terbuai dan terlalai dengan mimpi yang aku sendiri ciptakan. Manusia mudah lupa kan? Samalah macam aku yang mudah terlupa. Momen-momen indah itu aku abadikan dalam diari kamus hidupku yang terindah. Bila aku bersedih aku masih punya ia untuk aku renungkan.

Peeps,

Percayalah dia mengajar aku menjadi lebih kuat maka aku bukan lagi cengeng seperti dahulu. Tak mungkin hanya kerana perkara ini aku bakal membencinya. Tidak jugak mendendami dia atas apa yang telah berlaku. Norma kehidupan telah kembali kepada aku. Aku masih berdiri di sini tidak berubah walau sedikitpun. Ya, ia memberi kesan yang mendalam hingga aku hampir hanyut dengan perasaan aku sendiri. Apa yang terjadi pasti ada sebabnya, dan aku hormati keputusan itu. Dia memilih apa yang terbaik untuknya jadi siapa aku untuk menghalang.

-Apa yang berlaku membuat aku lebih matang mengawal keadaan-
p/s : Its all end today 'Heh'

No comments:

Post a Comment

..