Fellow Friends

Friday, December 2, 2011

Rara Zikry Dalam Ingatan

Assalamualaikum and hai peeps.

Hello readers sekalian,
Korang chat ke tak? Kalau chat baguslah. Auni pun chat gak masa typing nih. tak tanya takpa, auni gtaw siap-siap. heheh.

Bila auni online Fb je tengok banyak status pasal Rara Zikry. Okay auni tak taw apa-apa langsung pasal dia. Even auni tak kenal pun dia tu sapa tapi masa blog walking banyak status update pasal dia. Pastu auni pun baca la diorang punya entry. Dapat la info pasal dia. Then rajinkan tangan ni google search pasal dia. untuk taw lebih banyak coz zero je apa yang auni taw.




Okay nama sebenar dia Zarith Nadira Binti Mohd Zikri atau lebih dikenali sebagai Rara Zikry. Dia merupakan pelajar Lim Kok Wing. Serius dia sangat cantik.
Namun tanggal 19 Mac 2010, segala-galanya berubah hidup Rara. Hari itu, dalam kegembiraan  menjalani aktiviti berbasikal bersama kawan-kawan, arwah (yang memang ada asthma) tiba- tiba mengalami sesak nafas. Sejurus dibawa ke hospital, Rara koma. Rara koma selama dua bulan. Setelah itu doktor mengesahkan dia menghidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopathy (kekurangan oksigen ke otak )

Rara zikry telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10 malam pada tanggal 1 disember 2011. Perginya seorang insan yang bernama Rara zikry buat selamanya. Perginya meninggalkan pelbagai kenangan bersama rakan, keluarga dan mereka yang sikit sebanyak turut menyumbang sama ada masa atau waktu bersamanya. Pasti memberi kesan yang cukup mendalam kepada keluarganya.


Salam takziah kepada keluarga Rara, sahabat handai dan sesiapa yang mengenalinya. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-Fatihah. Tinggallah penderitaan yang dia alami.

1 comment:

..